Aku masih di Jogja. Malam terakhir. Lokasi sekarang adalah Panggung Festival Purawisata. Ada concert live band. Agak bagus, namun kurang penonton.
Jadi, sambung lagi kisah hari pertama di Jogja.
Lupe ah post sebelum ni berakhir kat mane. Simkad ek?
Akak2 simkad tu sangat bubbly dan peramah dan telah mensajeskan pilihan yg terbaik utk aku. Simkad jenama XL unlimited internet for 7 days berharga 35k rupiah. Lebih kurang 12 ingget gitu. Sangatlah berbaloi. Akak tu siap tolong activate kan skali and make sure everything is in order. Bagus mereka ni.
Lepas beli simkad aku terasa lapar. Keluar2 kat tepi tu ada ibu jual popia goreng. Feveret tuuu..apa lagi, makan ah dulu! Gurih sekali! Sebijik 3ribu, inti dia sayur macam togey tu dengan ayam. Kalau nak pedas boleh gigit cabey. Tak perlu buat salut sambal.
Perot pon dah kenyang, aku terus kan misi seterusnya. Nak sewa motor. Jalan2 jumpa 'i'. Informasi. Tourist Information Centre. Kalau naik bas dari airport, tempat ni betul2 blakang hentian kedua di Malioboro. Malioboro Halte 2. Aku belum kaji lagi kenapa Jogja guna 'halte' sebagai tanda hentian.
Kat informasi tu aku masuk dan minta map. Terus tanya jalan nak ke Kaliurang. Nampak senang aaa..belok kiri, pertigaan ambil kanan, bulatan exit pertama, nanti pertigaan kanan lagi lantas luruuuuss aja. Fair enough. Sesak2 boleh pakai google map aku fikir. Kurang lebih 2 jam katenye bermotor. Fuuhh! Lumayan.
Ok, map tak clear. Tapi kalau korang nak g sana nanti. Amek je kat informasi tu. Agak membantu to get your bearings.
Lepas tu terus jalan cari motor. Senang je cari kat area Jalan Dagen. Jumpa bapak sorg ni dia sewa kan 70k utk 24 jam. Kedai lain 75k. Semelah Voucher namanya. Time sewa motor tu kena make sure it's in a good condition. Jenuh lak kang nak cari pomen. Lepas dapat motor terus zaaass. Nak berangkat ke Kaliurang sebelum gelap. Kat sini kul 6 mcm tu dah maghrib.
Nak keluar dr area Malioboro ni agak mencabar. Satu adelah sebab jalan dia busy, banyak kenderaan. Dua sebab banyak one way. Tiga sebab well, it's my first time in town. So bearing mmg lari lah. Tapi apa2 pun yang paling senang adalah kalau tak sure, brenti je tepi jalan dan tanya. Time brenti kat trepik lait tu ringan2 lidah je cakap,
"Permisi pak, mau ke Kaliurang ikut mana?"
Language barrier agak kecil, so tak susah. Aku pernah terbaca dulu, orang Indonesia tak suka kita ikut2 loghat dia. Pelik katenye. So biasanya bila di Indonesia aku akan cakap bahasa mlayu cam bese dan expect diorang faham. Biasanye diorang faham.
Dah sampai kat Jalanraya Kaliurang tu memang streeeett je. But mind you, straight di sini mungkin bermaksud kiri atau kanan gak. Lurus dia bermaksud follow the main road. Kalau keliru ikut je pergerakan orang ramai. Ini tips. And you can always ask if you're not sure.
Halfway through perjalanan, hujan mulai turun. Nasib baik aku mintak baju hujan time sewa. Aku pon gigih la berenti pakai baju hujan bagai. Takmo basah sebab seluar n kasut yg aku pakai dr KL tu nanti nak pakai utk panjat gunung esoknye. Lama2 hujan makin lebat..takleh jadi ni, maka aku pon berenti la kat Circle K. Jalanraya Kaliurang ni memang penuh kedai kiri dan kanan, jadi walaupon perjalanan agak jauh, ianya tak membosankan.
Tengok tu betapa lebatnya! Circle K biasanya ada kamar kecil. Salin seluar, tukar kasut simpan dalam beg dan layan kopi sambil tunggu hujan redha. Dah gerimis, aku sambung perjalanan.
Teruuuuuss aja dan sampai ke Pintu Gerbang Taman Wisata Gunung Berapi. Ada entrance fee. Sorang 4ribu. Murah je. So, utk trekking esok, aku dah book katil and tour guide kt Vogels Hostel (pronounced as vogirls).
Sampai2 kat hostel sunyi sepi. Aku di sambut dgn anak owner tu. Lapan belas kali aku tanye nama dia. Dengar macam Adrian. Rupanya Aldrin. Agak unik. Dan kelihatan agak poyo. English dia berbelit tebal dengan slang. So aku tuduh dia poyo. Heh.
Cetek.
Aldrin tunjukkan aku bilik dan katil. Aku keliru (ya aku mudah keliru). Ada katil 4. Tp kosong. Aku jeling2 sekitar hostel. Kosong. Sunyi. Aku tanya Aldrin, 'is there anyone else staying here?'
'No, just you. We had 2 backpackers yesterday but they already checked out this morning'
"Oh." ~ deymm
"Is there anyone else going to the tour tomorrow?"
"No, just you."
"Oh." ~ deymm lagi.
"Are you going to sleep here tonight?"
"Yes. Don't worry, the restaurant next door is open 24hrs."
"Oh okay." ~ tapi aku penakut hantu. Camne???
Gagah aje, laaa.
Lepas check in, aku keluar pusing2 melihat kawasan. Tempat ni adalah hilly. Kat kaki gunung, kan..agak sejuk. Bila kena angin naik motor tu ketar gak, la.
Pusing2 takde ape. Balik, unpack seluar dan kasut yg basah sikit tadi dan konon2 nak mandi. Masuk bilik air. Bapak sejuk air dia. Gigil! Cancel mandi. Cuci ape2 yg patut kemudian baring2. Capek.
Rehat sekejap pastu keluar cari makan. Hari dah malam, so gerai2 makan yg tepi jalan pon dah banyak bukak. Tengok banyak locals makan kat situ maka aku pon join sekali. Diorang hampar tikar je pastu makan ramai2. Aku makan sate ayam dengan jagung salut sambal pedas. Sedap gila!
Pak penjual jagung bakar.
Duduk je ramai2 macam kenduri kat kampung.
Sate ayam, bukan tikus.
Lepas makan pusing2 cari aktiviti. Tengok ada macam konsert kat local school situ. Acara apresiasi ape entah. Tak best!
Balik bilik dan jumpa Christian. Bapak Aldrin yakni owner Vogels Hostel.
Booking2 semua aku dok beremail dengan dia. Masuk2 dia suruh tukar bilik. Dia kata bilik yg sekarang tu dekat dengan jalan. Malam minggu ramai orang, dia takut aku takleh tido nanti. Bilik yang baru tu lebih besar. Ada attached room and bathroom. Membuatkan aku lebih resah. Takut hantu lebih ramai boleh berkumpul.
Dah ready2 nak tidur aku bukak YouTube and pasang ngaji2. Berdoa agar tidak dirogol atau lebih buruk lagi di potong kaki dan tangan. Kalau kena bunuh aku redha. Ajal.
Sebelum tido aku make sure pintu semua lock and pastu aku ikat lagi semua pintu dengan plastik. In case ade orang bukak at least boleh dengar.
Memang tido pasang lampu aaa malam tu!
Malam pertama di Jogja.
Tamat hari pertama.
Matikla, day one je sampai 2 entry. Hahaa
Ok dah rimas dgn nyamok. Concert pon dah nak abes. Balik bilik tido aaa..








No comments:
Post a Comment