Saturday, November 15, 2014

Aku di Yogyakarta 5

Aku sewa katil di Ameera Boutique Hotel. Area Malioboro di Jalan Dagen. Memang betul betul depan tempat aku sewa moto hari sebelumnya. Its not a backpackers place, its a proper hotel with a backpacker section. Best part is, I got it all to myself. Takde orang lain dok kat situ. I mean kat bilik backpackers tu. 4 bunk bed and a shower and toilet outside, Cadar dan sarung bantal pon wangi. Bau macam hotel.


Every bed ada its own curtain, so kalau ramai2 orang kat dalam tu, I can still have my privacy. They also provide a locked drawer. In case nak simpan barang barang berharga, Aku suka! For less than RM30 a night..memang sangat berbaloi baloi ah.

Malam tu tido dengan aman walaupun masih pasang lampu. Tapi aku tutup langsir tu, so still gelap. Ada proper power point untuk charge phone bagai.

Jadi hari ketiga di Jogja aku bangun dengan bersenang lenang. Bangun pagi2 pusing satu kawasan dulu. Stretching sebab calf rasa ketat ya amat. Jauh gak aku jalan. Pagi Isnin. Tengok budak2 start masuk sekolah, Nampak ada perhimpunan pagi. Everyday people getting on with their everyday life.

Terserempak dengan makcik2 meniaga breakfast tepi jalan, lantas makan Nasik Kuning, Nasik kuning ni sama je rasanya dengan nasik biasa kot. Bezanya dia kuning. Masak dengan kunyit agaknye. Borak2 mintak resepi tempe goreng masak cili hijau. Mudah je, tapi jadiklaa..at least ade topik aku nak bercakap dengan orang.

Balik hotel, berak dan terus menuju ke Candi Borobudur.

Kasar ke kalau tulis berak ek?

Berak.

Macam busuk kot kalo orang bace. Tapi ni bahasa Melayu. Ye, laa kalau nak sopan tulis buang air besar.

Macam bahse omputeh laa.. kasarnye 'shit'. Sopannye 'emptying my bowels'. gitteww

Ok, anyway, berak. Aku salu make sure berak sebelum ke mane mane. Nanti kalau tak jumpe toilet yg best, trase geli lak nak berak. So, berak tu merupakan aktiviti yang penting. Tambah tambah kalau dah plan memang nak keluar seharian.

Mengikut makcik yang niaga nasik kuning taadi, kalau bermotor ke Candi Borobudur kurang lebih 2 jam macam tu. Aku macam dah kurang percaya dengan kurang lebih derang ni sebab time balik dari Kaliurang ke Malioboro pon macam sejam suku je dah sampai. Tu pon siap benti benti makan guringan lagik.

Jalan nak ke Candi Borobudur ni senang. Ko cari signboard Magelang, lantas teruuuuuusssss aja. Nama jalan pon Jalanraya Magelang. Jalanraya Magelang ni berbeza dengan Jalanraya Kaliurang. Kalau ke Kaliurang ditemani kedai2 di tepi jalan, Jalanraya Magelang ni macam highway dah. Each way ada 2 atau 3 lane and ada divider kat tengah2. Jalan besar aaa. Mungkin sebab menuju ke UNESCO Heritage Site. Musim tertentu, visitor mesti padat.


Macet kat traffic lait. Dah lepas tu akan sentiasa ada signboard. Simpang nak ke Borobudur ni adalah selepas pekan Muntilan. Jadi ko takyah la ikut signboard Magelang terus terus je tanpa alert dengan signboard. Tapi usah risau, sigboard dia agak clear. Keluar dari Jalanaraya Magelang ni akan masuk kawasan2 sawah padi untuk ke Borobudur. Rilek je pelan pelan aku bawak motor. Menikmati keindahan alam. Nothing to rush pon.. sambil2 tu meliar je mata aku mencari kot kot ade makcik jual goreng pisang tepi jalan. hehe

Sampai kat area Borobudur tu ada pasar. Aku pon berenti. Nak CIO. Aku ni suka pasar. Jalan2 sikit pastu agak sesal. Kurang senang tengok cara diorang meniaga ayam. Nampak tak fresh macam ayam kat pasar kita. Jadi, sebelum aku hilang selera makan ayam, aku terus angkat kaki gerak.


Sempat usha tempe kat pasar. Bapak besar tempe derang. Malaysia patut buat tempe gini. Pastu meniaga macam goreng pisang. Goreng tempe. Orang sini jual nipis2 je. Kalau tepong gorengan tu sedap, macam tepung goreng cendawan yang diwar warkan, mesti laku!

Blah dari pasar, kat depan sket dah sampai gate candi.


Dah park motor, aku layan aiskrim dulu. Dari smalam teringin sejak nampak eklan signboard Magnum Black Espresso ni.

Actually ada beberapa gate utk masuk ke kawasan candi ni, tapi aku g kat main entrance. Park motor kat kedai orang. Dah masuk kat area dalam tu aku sewa payung siap siap. Panas wooo..

Pergi kat kaunter, tengok rega tiket. Bapak mahai!!! Untuk foreigners adalah 240k rupiah. Kalau student 120k rupiah. Kalau local Indonesian, 30k rupiah aja. Adess. Mahal dow. Nyesal tak bawak kad matriks dulu. Sadis.

Dengan berat hati aku beli gak tiket tu. Nak buat cemane, kan. Ade gak aku terfikir nak tunjok kad gym celebrity fitness..konon2 student card..tapi heh, tak jadi, laaa..tak sanggop nak perbodohkan orang. Aku anggap je candi ni warisan nusantara derang. Takpe, lah 

Oh crap! Aku dah tulis sambungannya tp tak tersave pulak. Haish.

Ok where were we.

Dah masuk kat dalam tu nampak ada pusat informasi. Ada seksyen audio video. Nak g tengok ah. Sampai kat kaunter akak tu kata mesti ada minimum 5 orang baru boleh. Boooooo!!! Aku dah bayar mahal, tau! Siyot je. Pandang kiri kanan takde sape lak yang berminat. Maka aku berlalu pergi.


Pandangan awal..
Jauh gak nak ke candinye. By the time sampai kat kawasan ni dah kene pakai sarung. Demi menghormati temple ni lah kot.


Nampak tangga je lutot aku dah trase ngilu, Ni baru kat bawah! Ades.

Jadi, sedikit sejarah mengenai Candi Borobudur.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Borobudur

Boleh bace sendiri.. =P

So secara ringkasnya, ini merupakan candi Buddha yg terbesar di dunia. Yup. Biggest in the world. Borobudur ini dihiasi dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Banyak, kan? Sampai sekarang penganut Buddha masih menyambut Hari Wesak di sini.



Waktu zaman penjajahan Inggeris, sekitar tahun 1814, Sir Thomas Stamford Raffles mengusahakan pencarian Candi Borobudur ni. Bila jumpa, dia sendiri yang namakan sebagai Borobudur.

Ikut kajian sains sekarang, Borobudur ni dibina pada tahun 800 Masihi. Boleh imejin macam mana derang bina? Aku takleh imejin, Katenye batuan ni di ambil dari sungai berdekatan. Time tu manela ada jentera jentolak bagai. Apetah lagi simen, Well not that we know of. Kalau borak2 dengan locals derang kata sakti. Ancient architecture memanglah sangat misteri. Besar woooo kawasan ni. Aku rasa lebih besar dari Midvalley.


Setiap tingkat ada kisah. Ada arca dan ukiran dinding yang tersendiri. Tak taulah ada orang dah decipher ke belum. Sambil jalan2 aku pegang2 tolak2 usap2 ukiran dinding yang ada. The Lara Croft in me berangan konon2 nanti pintu rahsia terbuka,



Visitors ramai tapi sebab luas kadang2 I find myself alone in a corner of an ancient temple. Melayang layang pemikiran aku.


Candi ni ada 4 pintu. Naik di Utara dan turun di Selatan. Aku cuba jalan di setiap tingkat.


Dah sampai tingkat atas baru ada loceng2 ni. Atau dikenali sebagai Stupa.


Ancient architecture. Cemanalah derang boleh bina sampai jadi melengkung elok je. Orang zaman dahulu kala adalah lebih genius dari kita yang sibuk main smartphone ni.



Lama gak aku spend time kat sini, Soaking in the environment dan bercita cita untuk mengkaji dengan lebih banyak lagi perihal Borobudur ni. Cita cita jelah. Turun bawah tu ada padang..aku lepak kat  bawah pokok skejap. Baring2 rehat. Dalam kul 3 macam tu aku gerak balik Malioboro.

Cuaca panas terik. Dah sampai Malioboro aku decide untuk lepak kat dalam shopping complex. Ade aircond. Mal Malioboro tu macam 3 minit jalan je dari Jalan Dagen.


Ada J.Cronut wehh. Crossaint doughnut. Pergh..sedap gila! Kat KL dah ade ke? Must try this one. Hari macam nak hujan. So, aku balik bilik. Layan hujan sambil bace buku cerita dan akhirnya tertido. Flat out dari jam 5petang sampai ke 5pagi. Aku tuduh kepenatan mendaki gunung di tambah dengan keterikkan matahari boleh membuatkan anda lelah ya amat.

Tamat hari ketiga aku sendirian di perantauan.

No comments: