Sunday, November 16, 2014

Aku di Yogyakarta 6

Kebiasaannya aku memang sukar untuk menghabiskan apa yg aku mulakan. Contohnya karangan mengenai pengalaman di Jogja ni. Mak aih, Beratnye nak sambung menulis. 

Td ed message. Dia masih gigih baca blog aku rupanya..memandangkan aku ada peminat dan pembaca tegar, maka aku terasa seperti I owe it to them to write. Chewah.

Hari keempat di Jogja aku bangun dengan kepulasan perut yang agak membingungkan. Mungkin jugak aku bingung akibat tido lama sangat. Masuk ke tandas, hambek...dekat setengah jam aku bertapa! Asal berdiri je, kena duduk balik. Perghhhh.. nasib baik bawak buku cerita. Ade jugak bahan bacaan yg menemaniku ketika berperang dengan usus dan dubur. Udah macam buang air kecil melalui saluran pembuangan air besar. Pedih. Heh. Terlebih informasi? Sorry.

Awal aku bangun, jam 5 pagi. Tapi ye, lah..jam 5 pagi di Jogja cerahnya macam kul 6 pagi di Malaysia. Suara suara masyarakat pun dah kedengaran. Agak2 dah yakin dengan tiada apa lagi yang boleh keluar dari usus, aku siap2 turun ke bawah.



Keluar lobby tengok ada ibu naik basikal meniaga sarapan. Terbayek ah! Memang sangat kelaparan dah ni. Aku tak serik. Walaupun cirit birit tapi aku yakin makanan yang ibu ni jual takkan menyumbang ke keperutan lagi. Comel makcik ni. Dia niaga pau, arem arem and a few other kuih muih. Aku beli setiap satu sebab dia comel. Sebenarnye aku memang suke makan kuih. Lebar sengih dia bila aku mintak ambil nak ambil gambar.

Dengan sepedanya skali ya buk.



Heh comel!

Aku makan sambil jalan2. Pergi minum kopi kat kete sorong depan sikit je dari hotel ni. Lepak2 pastu ada sorang bapak ni ajak borak. Aku pun belum ada arah tujuan, maka layan jek laa..



Pak Yayyek. Di baca sebagai Pak Yajek. Dia cerita dia lahir di Malioboro ni. 62 tahun dah tinggal di sini. Sekarang sendirian, anak2 tinggal di Jakarta. Kerja kat sana. Pak Yayyek ni cerita..keliling kawasan ni kebanyakkannya dari keturunan yang sama. Akar tu penting katanya. Aku ni sedare mare kalo selisih bahu pon tak kenal. hmmm. Pak Yayyek ada kedai jual lukisan batik. Aku suka! Memang teruja nak beli. Tapi duit kurang mewah untuk trip kali ni. Pendamkan aje.

Perancangan asal hari keempat di Jogja ni aku nak melawat Candi Prambanan. Tapi, setelah melawat Candi Borobudur aku rasa cukuplah candi setakat ini. Aku nak explore tempat lain lak. Jadi aku decide untuk ke pantai. Pagi pagi buta ke pantai. Pantai Parangritis.

Jalan nak ke Pantai Parangritis ni pun mudah aje. Jumpa signboard lantas teruuuuuusss sampai ke pintu gerbang. Bagus perancangan jalanraya derang ni. Tidak memeningkan. Kalau ke Kaliurang penuh kedai, ke Borobudur adalah highway, ke Parangritis ni lebih kepada jalan kampung. Lek lek je.



Pemandangan dari tepi jalan. Abaikan bukti jari gemok itu. Aku tengok pemandangan ni aku terus ternyanyi dalam hati.

"Lihat jauh nun di sana, tekun petani kerja,
Buah padi masak kuning, isteri kerja sama..
Potong memotong membanting padinya, 
Bercerailah tangkai jerami..
Dulu padi di tumbok indang tampi,
Kini mesin jadi pengganti"

Ternyanyi jugak tak? haaa..


Pantai Prarangritis. Pantainya landai dan luas. Ombaknya deras. Tak boleh mandi time ni. Untuk berekreasi bersama keluarga atau duduk bercinta dengan kekasih hati mungkin meriangkan. Aku bercadang nak dok kat sini sambung baca buku cerita. Sepanjang perjalanan ke sini aku macam resah nak tau apa sambungan kisah tu. Usha2 kawasan sekeling, kurang selesa. Jadi aku pun gerak. Nak usha pantai seterusnya.


Pantai Depok. Pantai ni pantai nelayan. Kalau nak makan ikan bakar datang kat area sini. Biasanya di malam hari penuh dengan orang. Aku datang pagi..tengok nelayan meniaga ikan je.

Tak lama pun kat sini. Tengok langit semakin gelap. Bila bila je boleh runtuh tu. Maka aku pun gerak, nak ke Malioboro. Halfway through, hujan pun turun...agak lebat gak. Aku pun berenti. Makan nasik padang. Hari keempat kat sini, baru nak makan nasik padang. Agak sesal. Tapi guringan tepi jalan tu pun sedap gak. Jadi, tak perlu sesal. 

Sampai area Malioboro aku terus ke Taman Sari (sebenarnya sesat, terus jumpa Taman Sari maka berhenti). Perjalanan nak ke sesuatu tempat dari Malioboro tu mudah, tapi somehow nak balik ke Malioboro tu aku salu sesat. Mungkin sebab banyak one way.

>>nanti sambung lagi








No comments: