Sambung lagi.
Hari kedua di Yogyakarta. Atau lebih tepat lagi, hari kedua, aku bangun pagi di Taman Wisata Gunung Merapi. Call time at 4am, jadi kul 3.30 aku dah set alarm..pelan2 bukak mata takut nampak hantu.
Aku bersyukur. Tak kena rogol. Tak kena bunuh. Kaki dan tangan masih melekat dengan sihat di tubuh badan. Aku ingat aku ada mimpi hantu malam tu. Tapi ah, mainan syaitan dan jin aje (padehal teringat sikit2 dan agak seram). Siap2 aku keluar. Tengok breakfast dah tersedia atas meja.
Simple aje la. Makan banyak kang, tak larat bawak perut lak.
Sambil makan Christian tayang documentary kat aku guna laptop dia. Menarek docu tu. He's in it. Christian is a very experienced and renowned guide for Merapi. He's been doing hiking tours for 30 years to this day. So they interviewed him for his experience and stories from 2006 and previous volcanic eruption. Sebelum datang sini, eloklah YouTube video2 berinformasi gitu. Memberangsangkan.
Lepas video session Christian bagi briefing about trekking that day. Rupanya di Jogja ni, hanya dia dan anak dia (bersama 2 rakan yang lain) yang ada permit utk bawak hikers tgk gunung berapi dari situ. Dia kata hiking tak susah, lebih kurang 6hrs return. Nervous gak.
Aldrin akan jadi tour guide aku harini. So, just me and him 'into the wilderness' (with Fabio on the cover). Cewah.
Lepas briefing, memerot siap2 dan tepat jam 5pagi aku dan Aldrin menapak meninggalkan hostel menuju ke kaki gunung.
Jalan jalan kawasan kampung and then off we go!
First stop after the first long climb is the sunrise view. Padehal dah cerah dah time tu tapi Aldrin kata it's nice coz the sun will be peaking from behind the mountains. Malangnya haritu foggy. Awan tebal.
Sambung perjalananan. Agak rileks dan landai. Tenang. Aman. Hanya bunyi tapak kami dan geseren seluar dengan pokok hutan ditemani unggas2 kedengaran. Kadang kala boleh dengar bunyi Javanese Eagle dari atas. Boleh imejin? Layaaan.
Hutannya hutan dara. According to Aldrin some of the area were affected by the volcanic eruption. Pokok2 tumbang because of the earthquakes (berani je aku datang sini). Some parts of the area penuh dengan lalang je..pokok2 belum mau besar lagi.
Kadang2 terserempak dengan orang2 kampung. Diorang datang sini menebas lalang untuk diberi lembu makan. Tanah gunung berapi ni sangat subur jadi lalang yg tumbuh berkhasiat dan gemuk.
Itu anak kupu kupu. Baru keluar dari kepompong. Comel. Bersusun atas dahan. Kalau Aldrin tak point out, mesti aku tak perasan.
After about 1hr of trekking, we reached our second stop. There used to be a river here. But now it's a 5 star hotel. Heh.
Can't quite recall what he called this place. But he did mentioned that it's very comfortable to lie on and sometimes orang2 kampung tidur berehat di atas batu ni. Aku try baring kat tempat beg tu. It is quite cozy.
Hot lava used to run it's course through here.
Sambung jalan lagi dan kami sampai ke kampung terakhir di kaki gunung berapi. Deserted lah. Kesan2 ruins from the volcanic eruptions masih kelihatan. Kampung ni hapus disebabkan hot ash atau bahasa saintifiknya pylo ape ntah.
A family used to live there.
Jalan lagi dan kami di kawasan where the Shaman used to live. Pemegang kunci Gunung Merapi. Ketua kampung lah kot. It were all ruined in 2006.
That van belongs to 2 journalists. They were found dead in there in 2006.
Melted glasses.
Kitorang sambung perjalanan lagi dan sampai ke tempat where there used to be a 15 meter deep dam.
Yup. Used to be a dam here. 15 meter deep. Sekarang tandus.
Semasa di kawasan bekas empangan ini lah satu2nya tempat di mana puncak gunung merapi dapat kelihatan dengan agak jelas. Kat tempat lain dikabusi awam tebal.
Tuuu..puncak Gunung Merapi.
Turun naik lembah. An area of what used to be a river dan akhirnya sampai ke kawasan bunker.
Ok dah nak landing kat KLIA. Nanti sambung lagi.













No comments:
Post a Comment