Thursday, November 13, 2014

Aku di Yogyakarta 4

Kalau ikut geografi, aku bukan lagi di Jogja. Tgh golek2 atas couch di rumah sendiri. Kuala Lumpur, Malaysia. Tiada tandingan keselesaan melainkan keselesaan baring dan berak di rumah sendiri. Kan?


Ini adalah bunker yang dimaksudkan. Bunker ini dibina khas sebagai tempat selamat sekiranya terjadi gempa bumi. 

Letusan pada tahun 2006. 2 orang ditemui mati di sini. Sorang hampir dengan pintu masuk tu. Hangus. Sorang lagi di bilik air. Di dalam kolah. Lecur. Aku tak nak bayangkan. Aldrin kata locals percaya their spirit still lingers here. Ok, menyesal sikit masuk explore2 dalam tu. Heh.

Kawasan bunker ni adalah last stop sekiranya anda mengikuti jeep tour. Ye. Kalau taknak hiking boleh amek jeep tour sampai ke area bunker ni. Kebanyakkan locals (Indonesians dari negeri lain) prefer jeep tour ni. Sesuai untuk keluarga actually.


Kitorang sampai kat area bunker about 1 hour ahead of the usual time. Jam 7.15 pagi mcm tu. Terase bangga sebab ini bermakna aku jalan laju walaupun mengah gak. Hikk. Jeep tours pun belum banyak. Aldrin kate kalau tidak jangan harap nak dapat amek gamba kat bunker tu tanpa ada orang lain.

But the downside is since we are very early, the fog hasn't cleared yet. By rights time ni dah clear dah puncak merapi tu. Oh well, lepak dulu laaa..


 Ada warung2 makan dan souvenir kat sini.



By this time perot aku memang dah bunyi macam enjin ketapi. Pagi tadi lepas breakfast memang telah membuat pelaburan yang agak lumayan. Jadi bila nampak ada tempat makan, aku macam agak lega sikit. Lantas order air milo panas dan makan nasik yg dibungkos macam lepat.


Aremarem namenye. Tengah2 tu tempe. Kata mbak di situ, biasanya kami makan seperti makan pisang. Selak aja daunnya. Aku poyo. Orang keyyel konon. Mintak sudu.

Kawasan di bunker ni sejuk. Chilly. Maybe about 1,800 above sea level. Agak lama lepak kat sini. Tengok gambar2 before and after 2006 / 2010 eruptions. Agak menginsafkan. Awan abu panas tu je dah boleh menyebabkan kematian yang banyak dan hampir 200,000 orang terpaksa meninggalkan kampung halaman. 

30 minit gitu aku dah bosan. Tengok awan semakin menebal. Puncak pon tak kelihatan lagi. Aku ajak Aldrin gerak. Up to you, katanya. 

Oh, by this time aku tak rasa Aldrin poyo lagi. Ye. Kan awal2 tu aku dah kata aku cetek. Heh. People are interesting. Spend some time with them and you might be lucky to discover the wonderful colours of their life.

Pendakian seterusnya adalah amat berbeza dengan yang sebelum ni. Tiada lagi pokok pokok hutan dan lalang. Tiada lagi bunyi unggas unggas. Hanya batuan dan pasir kesan tinggalan letusan gunung berapi.

A few metres from the bunker area, on our first descent to get to the other side, we came across an illegal sand mining activity.


Aku pernah ada truck mainan macam ni kecik2 dulu. Atau mungkin adik aku punya tapi aku anggap hak milik. 

Batu dan pasir dari gunung berapi ni berkualiti tinggi. Jadi ianya berharga utk construction. Ko nampak tebing tinggi tu? Haa dulu tanah asal kat truck2 tu aje. Yang lain tu semuanya dari gunung berapi. Dulu kawasan ni hutan. Sekarang batu batuan.

Pendakian di kawasan batuan ni adalah lebih mencabar bagi aku. Satu sebab banyak turun naik. Dua sebab batu. Tak stabil. Lutut dan ankle adalah longgar. Kalau Wei tau aku tak strap ni mungkin kena sebat. Dua tiga kali gak aku hampir menggelongsor ke bawah. Mungkin sebab berat.

 
Aldrin rilek je. Light on his feet. Macam Legolas. Kejap je dah sampai atas. Aku masih terkial kial fikir batu mana yang patut aku pijak. Takot terpeleot. Takot gelongsor. Avalanche batuan kang sesia je. Nak bernapas lagi.

Aku bersyukur aku decide utk bawak running shoes. Memula dulu ingat nak pakai Converse Bali je. Konon otai. Heh.


Dah sampai kat atas ni, I can't help but imagine a scene from Lord Of The Rings. Scene Frodo dengan Samwise Gamgee. When they were getting close to the Eye of Sauron. Kan? 

I was in the rings of fire.

From here we make our way towards the edge of the area. To get a closer look at the peak of Mount Merapi.

Tapi malangnye awan masih tebal.


Puncak Gunung Merapi patutnye kelihatan di sebalik awan tu.

This area is the closest we can get from here. Can't go any further. Actually kalau nak sampai ke kawah, kita kena hike from north. This is the south side. Before 2006 we can go from here but since rekahan kawah dia dah berubah dah tak boleh naik dr sini. It's easier from north kata Aldrin but we will need ropes coz it will be more steep like 90degrees climb.

Dalam map kawasan ni di label sebagai dangerous area. Bila dah sampai kat area atas ni, Aldrin dah start pasang walkie talkie dia kuat2 sikit. Gunung Merapi ni sangat active. Kalau ada amaran apa2 kitorang kena keluar laju2. Dari atas ni boleh nampak 2 geological station. Diorang monitor activity gunung berapi ni.

Lama jugak lepak kat sini. Berharap angin bertiup mengalih awan dari depan puncak Merapi.

We chat a lot in between our cigarettes.

Kelakar Aldrin ni. Dia pakai cargo pants yang sangat seasoned. Memang pakaian otai climbers. Koyak rabak sana sini. Dia kata once a tourist from China nak beli seluar dia tu. It's in fashioned katanya. Tapi dia tak nak jual la. 

"I have too many history with this pants. I climbed a lot of mountains with these. He thought I purposely tore it but it all comes from the mountains." 

Rinjani, Agung and a lot more yang aku dah tak ingat.

Kat dalam dia pakai tights.

"This is my mom's leggings. I stole it from her. One day she saw me wearing this and she asks, is that my leggings? I smiled at her and said, yeah. Sorry mom. My pants are showing off my butt."

"I should buy my own tights but used ones are more comfortable and I don't want to sew this pants. It's comfortable this way."


We converse mainly in English.

Oh and did I tell you that he has a band? Diorang akan start tour in December. A few countries in Asia then off to a festival in Germany. Dia datang KL from 22 Dec. Performing at Rumah Api in Ampang for a week. Jom pegi usha!

Makin lama lepak makin tebal lak awan. Takda rezeki aku nak tengok kepol2 asap keluar dari kawah gunung berapi.

Kitorang menapak untuk pendakian pulang. Ya, pendakian turun sebab masih kena panjat untuk menyeberang lembah yang terhasil dari aliran lava.

 

Ataupun what used to be a river. This reminded of Franz Josef Glacier tour I did back in 2012. Bezanya sini takde ais.


Panjat lagi. Aldrin dah tanggal sweater dan pendekkan seluar dia time ni (cargo pants yg jenis ko boleh unzip dan jadikan seluar pendek tu)

Lepas area lembah ni dah masuk kawasan hutan balik. Finally, a solid ground. Walaupun agak licin di setengah kawasan, aku lebih prefer tanah dari batuan. After a few climb and descent, perjalanannya mudah dan landai. Balik melalui kawasan2 lalang yg sama. 

Lebih banyak jumpa orang2 kampung time ni. Dah pukul 10 lebih pun. Aku segan nak keluarkan phone amek gambar dia. Ramah Aldrin ni..semua orang pun berhenti bekerja dan bertegur sapa dengan dia. Aku senyum2 aja. Sapa selamat siang.

"Setunggal aja?" Aku angguk2 sambil sengih.


Sejenis kulat yang tumbuh di batang pokok. Keras gila! Bukan jenis portobello.

Sambil jalan2 tu aku dah kelaparan balik. Nasib baik bawak Sneakers. Kecik2 dulu dah belajar, kalau masuk hutan bawak ration cekelat. Dulu zaman UPM adalah miskin. Ration Cloud 9 dengan chokichoki tu kira dah habis mewah aaa.

Kitorang sampai hostel tepat jam 11.07 pagi. Memang ngam 6hrs return. Hebat! Lepak2  kat luar sambil stretching (tipu) dan lantas dihidang makanan tengah hari. Tak sempat aku nak salin baju.


Nasik pecel, mixed juice dan buah.

Lepas makan aku rehat2 kejap dalam bilik. Packing dan fikir kan aktiviti seterusnya. Dekat kul 2 macam tu aku gerak. Sempat jumpa Christian je to say thanks and bye. Aldrin dah membuta katenye. Mungkin lelah melayan aku seorang diri. 


Aku lupa nak amek gambar bilik. It's a backpacker hostel dan ianya agak seasoned. Well maintained.

Jadi untuk Merapi trekking ni berharga 260 ribu rupiah. 150 for the National Park and 110 trekking trip with breakfast, water and lunch. Katil di sini 25 ribu rupiah. Tak sampai seploh hengget duit kita. Berbaloi.

Tak sangka aku berjaya buat Merapi trekking ni sekor2.

Siap2 aku gerak. Sambung bermotorsikal di negara orang. Misi seterusnya adalah nak cari katil untuk tidur malam ni dan massage! Penat active rest selama 6 jam maka aku rasa badan aku layak menerima belaian dan urutan.

Memula ingat nak cari tempat Refleksi di kawasan Malioboro. Senang nak cari Losmen skali (backpackers hostel di kenali dengan Losmen di sini). Sampai2 area tu, punya lah macet. Naik motor pun tak bergerak. Nak patah balik dah one way pulak. Maka redha ajelah.

Sampai kat tetengah pekan rupa rupanya derang tutop jalan. Ada aktiviti perarakan ape entah.



Aku stay sekejap je kat situ. Panas. Sesak. Lupa lak haritu Ahad. Memang penuh dengan manusia dari dalam dan luar negara. Datang ke Malioboro untuk berbelanja. 

Aku decide utk keluar dari kawasan Malioboro. Patah balik ke Jalanraya Kaliurang. Masuk shopping kompleks cari adapter (somehow power plug dia lain dari Bali) dan lantas ke spa.

Zona massage or something nama tempatnya. 2hrs of body massage and scrub for 100k. Murah! Batt phone dah mati time tu. Tak sempat nak amek gambar. Tapi kat dalam tu aku nampak ada sign "100% NO SEX". "Anda Sopan, Kami Segan". Area jogja ada happy ending ke?? Heh

Massage kat tempat ni biasa2 je. Aku tuduh Javanese Massage memang macam uli tepong untuk buat roti. Berbeza dengan Balinese Massage dan apetah lagi Thai Reflexology. Jadi kat tempat orang ko layan ajelah. Boleh laa membantu mengeluarkan asid laktik yang terkumpol di celahan otot otot aku. Cewah.

Lepas massage, scrub, mandi dan berasa sungguh segar. Keluar2 dah senja. Panic sekejap. Bilik belum booking lagi. Phone tak sempat charge tadi. Hmmm camne? Aku fikir susah2 walk in ajelah. Dengan harapan tak mahal sangat.

Dalam seploh menet aku nampak ada internet cafe. Waah terbayek ah ni..masuk dalam ada queue. No 8. Ok, laa..aku baca buku cerita sambil menunggu.

Tak lama, pon..dalam seploh menet nama dah dipanggil. Pergi ke area cubicle tu. Sangat selesa dan private hokkey! Siap boleh order makanan dan minuman lagik. Kederasan hujan di luar telah membuatkan aku order pisang cheese dan coffeemix. Eceh, salahkan hujan lak..


Menangis akibat keenakkan yang tidak dapat digambarkan. Pisangnya tak digoreng, jadi ini adalah makanan sihat!! =P

Akibat kederasan hujan di Yogyakarta juga membuatkan aku terilham untuk menulis pengalaman ini (flashback entry pertama di Jogja). 

No comments: