Sunday, November 9, 2014

Aku di Yogyakarta


Setelah sekian lama aku tak berblog tiba tiba trip kali ni terasa seperti hendak menulis. Mungkin udara sejuk Kaliurang telah membuat aku terilham. Padehal memang ade niat nak tulis pon. Trip kali ni aku jalan sorang. First time weh. Setakat ni ok gak laa..cuma rasa kalau ade orang nak borak mungkin lagi best. Nak borak2 dgn local aku segan. Takat pakcik makcik yg meniaga tu jelah. Heh.

Ok trip solo. 

Aku ni memang jenis impromptu dan random. Tiba2 rasa gedik nak jalan. Travel bug is stinging me hard! So, 2 minggu lepas aku lantas browse Skyscanner dan tiket ke Jogja adalah antara yg termurah. Beli cepat2 sebelum berfikir panjang. 

Lepas beli agak freak out sebab tak tau ape2 pon pasal Jogja ni. Maka dengan itu aku pun menghabiskan sisa sisa lapang dalam hidup dgn membaca blog orang yang travel ke Jogja. Amat membantu, k. Justeru itu aku pon beriltizam utk menulis pengalaman supaya nanti kalau ada orang macam aku, dia senang dah nak travel Jogja sorang2 dengan berjimat cermat.

Semalam, keluar aje dari airport..penuh dikerumuni dengan pakcik2 supir. Sesiapa yg biasa travel ke Indonesia memang faham lah situasi ni. Aku cuba berbaik senyum2 kata taknak. Aku nak naik bas. Ada sorang supir ni siap follow aku sampai ke toilet. Aku keluar toilet dia pujok lagi soh amek teksi dia. Terpaksa aku buat sombong dan abaikan aje.

Nak pergi ke tempat tunggu bas tu, aku jalan je ikut signboard. Pastu g kat tempat yang ramai2 orang. Sekali sampai sana tengok2 counter taksi gak rupenye. Aku tanya akak kat kaunter tu nak ke Malioboro brape. 100 ribu katenye. Mak aih. Mahal dow. Pastu aku tanya, nak naik bas tunggu kat mane? Pastu dia sengih2 je buat bodoh dan tak tau. Maka aku pon blah dari situ.

Pergi kat tepi jalan. Macam tempat tunggu bas. Pak2 supir dok follow lagi. Aku cakap duit aku tak banyak. Ada 100ribu je. Pastu pelan2 dia cakap 50ribu boleh. Pastu aku cakap lagi, tak nak..pastu dia tanya lagi pelan2.. Berapa? Berapa..?? Ngeri weh. Meremang!

Last2 aku g kat pakcik yang jaga terminal bas. Rupanya tempat yang aku tunggu tu utk bas ke daerah lain. Dia tunjok aku tempat yang nak tunggu bas ke Malioboro tu. Trans Jogja. Kale ijau kuning. Hek eleh..rupanya dekat depan mata kaunter akak taksi tu tadi je. Keji gila taknak bagitau aku tunggu bas kat mane. 


So aku pun pergi kat tempat tunggu bas tu. Beli tiket. 3ribu rupiah aje k! Jimat 97ribu duit aku. Decent laa tempat tunggu bas nye. Dan pekerja2 bas tu memang membantu. Siap ada maikrofon utk announce destinasi bas. Bas datang, aku naik. Padat macam sardin. Nasib beg aku kecik je.


Dah atas bas aku sengih sorg2 dalam hati. Nak berenti kat mane ni? Kakakaa..dahla first time sampai. Aku pun bijak, tak print ape2. Time ni aku belum beli local simkad lagi. Pastu info2 yg aku baca pon dah lupa. Adela amek gambar kat bus stop tu tadi, tapi dengan keadaan sardin, aku nak lepas tangan utk keluarkan phone pon susah. 

Tapi, nasib baik sistem bas kat Yogyakarta ni agak sistematik. Ada org yg macam konduktor tu. Dia tak jual tiket, sbb tiket di jual di bus stop, tapi dia announce nama stop yg akan tiba. So aku jeling2 kat dia aku cakap aku nak stop kat Malioboro. Dia pon tau kot aku baru sampai kat airport tadi. Pastu dia angguk2.

Agak jauh perjalanan bas. Kalau berdiri sandang beg tu..agak penat, laa. Rupanya area Malioboro ni senang gila nak cam. Ko sampai je area yang kiri kanan penuh org meniaga dan padat dengan manusia, Malioboro lah tu. Ada beca dan kereta kuda beratur menunggu penumpang di pinggir jalan.


Kat Malioboro sendiri ada beberapa stop. Aku decide nak berenti kat stop ketiga, follow 2 org mat salleh yg mcm backpackers gak. Pastu terus jalan2. Cari kedai nak beli simkad.

Panjangnye aku tulis.. penat dah.

Gigih korang bace.

Admin kate hujan dah berenti. Aku nak g check in hotel lah. Penat memanjat gunung berapi tadi.

Nanti rajin aku sambung.

Tak tau la bile.

Heh.